Thursday, 3 January 2013

CIRI –CIRI LELAKI IDAMAN


Assalamualaikum semua. Entri kali ini aku nak sentuh tentang ciri-ciri lelaki idaman aku. Erm, ciri-ciri future husband jugak la. Ok, check it out.

1. Menjaga agama - Ni la ciri dominan yang mesti ada pada lelaki itu. Dia haruslah menjaga agama dan  solat. Bila solat tu dijaga dengan baik dan cukup 5 waktu sehari  semalam automatically perangai pun akan elok secara tidak langsung dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik.

2. Sopan - Sopan yang macam mana ni? Aku tau mencarut tu dah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan lelaki bila dia sedang marah..but jangan over boleh tak? Sangat tidak cool begitu. Then, bila keluar rumah nak pergi shopping , pasar malam, or mana-mana ja lelaki tu mesti la tidak sesekali memakai seluar pendek. Mak aku memang tak berkenan menantu dia macam ni.

3. Tidak merokok - Rokok ni nampak macho ka bagi lelaki? Maaf, bagi aku lelaki yang merokok tu sedang menzalimi dirinya sendiri. Nanti kalau husband aku mati awal sebab merokok, tak ka aku jadi janda? Ingat la orang tersayang ok..huu. Better aku hidu bau asap sampah daripada hidu bau asap rokok tu.

4. Penyayang – Tidak dinafikan lelaki penyayang memang menjadi idaman semua wanita yang normal. Kalau asyik nak marah-marah ja, perempuan mana  yang tahan? Lelaki yang penyayang ni sebenarnya lebih comel daripada panda, tahu? :-p

5. Caring – Yang ni mesti semua wanita nak. Lelaki yang caring  plus pandai mengambil hati mampu membuatkan hati aku melting sangat-sangat ok. Cuba tengok cerita korea, hero utama dalam movie tu mesti care sangat kat awek dia. Sweetnya, lagi-lagi bila dia pandai memujuk.

6. Romantik – Romantik ni tak kisah sangat pun. Tapi kena la ada sikit, baru best. Jangan la skema badak sangat. :-p

7. Kelakar – Kelakar itu comel. Bila aku tengah stress at least dia boleh buat lawak. Jangan la terlalu serious setiap saat, nanti aku pun tawar hati. Sense of humor tu penting untuk menimbulkan bibit-bibit kemesraan dalam perhubungan.

8. Tidak terlalu egois – Lelaki semangnya sinonim dengan perkataan ego. Actually aku pun ego jugak sebenarnya tapi aku akan cuba kurangkan dari semasa ke semasa. Tapi bila ego seseorang lelaki tu tinggi mengalahkan Gunung Everest, please get out from my life and jangan sesekali berani tunjuk muka depan aku lagi.

9. Educated – Dia mesti la educated and  cerah masa depan baru la boleh sara ku dengan anak-anak nanti, huu. Apa-apa pun, aku sendiri akan lebih berusaha menjadi seorang yang berkualiti jugak.

10. Lebih berumur daripada aku – Seriously cakap, aku tak berkenan untuk menjalinkan hubungan yang istimewa dengan mana-mana lelaki yang lebih muda daripada aku. Bukan apa, nampak macam tak matang la . At least gap umur dia dengan aku 1 tahun la. Sorry ye wahai junior- juniorku di luar sana. :-p

11. Handsome? - Tak handsome macam Lee Min Ho or Fahrin Ahmad pun takpa la. Ustaz TV9 tu cakap, kalau asyik nak lelaki yang terlalu handsome, nanti dapat yang tak handsome langsung. Huhu, so biar sederhana ja asalkan hati mesti baik. Paras rupa tu tak menjanjikan kebahagiaan yang kekal abadi pun dalam rumah tangga. Handsome dan cantik tu subjektif, bak kata Mat Luthfi. Lagi satu kalau handsome mengalahkan Min Ho, tapi suka rosakkan anak dara orang tak guna jugak kan?

12. Setia – Perempuan mana yang tidak mengimpikan seorang lelaki/kekasih/ suami yang setia sila inform aku. Lain la kalau si perempuan tu jenis tak setia jugak. Awak setia, saya pun setia kan senang macam tu, baru fair and square.



That’s all, taste aku sedang-sedang ja, tak nak la yang terlalu high. Perumpamaan ada mengatakan, ‘Ukur baju di badan sendiri’. Sekian.

2 comments:

  1. takpe la x hensem pun. boleh tutup lampu. ehhh.. ha4

    ReplyDelete
  2. tak handsome takpa..boleh tutup lampu..hehe btol la tu bak kata UAI. :D

    ReplyDelete