Monday, 21 January 2013

Segmen : Tambah Follower sambil berkenal- kenalan

Hai hai hai. Erm saja la nak join segmen yang my junior kesayangan, Khairil Hassan  ( yeke junior kesayangan ? hehe perasan pulak dia nanti) suggest tu. 







Follower Cik Masmida setakat ni 52 orang..huu. Sesiapa yang berminat join je la okay. *peace*

UPU


Assalamualaikum , selamat malam semua. Dah beberapa hari asyik fikir tentang permohonan UPU tu. Nombor pin dah beli, tapi tak isi lagi pun. Permohonan untuk UPU ni seperti yang anda sedia maklum boleh dilakukan mulai 7 Januari 2013 hingga 14 April 2013 . Ni untuk fasa satu, tak nak isi lagi pun boleh sebab tunggu result dulu. Aku kan lepasan STPM , ambil aliran sastera. Literally,  tengah takdak arah ni nak pilih kos apa untuk isi UPU. Erm, dari dulu lagi aku berminat untuk menceburi bidang pendidikan, nak jadi cikgu la katakan, huhu. Ingat lagi tak masa sekolah rendah dulu tu kita kena isi maklumat peribadi yang ada cita-cita tu. First choice aku, cikgu tau. Lol .

Mak dengan abah pun nak aku jadi cikgu. Lepas SPM tu, aku dapat interview Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, kat Bukit Mertajam tu tapi tak terpilih pun, maybe sebab kurang persediaan and keyakinan diri masa tu, huk. Incik Kesayangan pulak suggest aku ambil  kos Administrative Science. Dah tengok syarat kelayakan, bagi lepasan STPM macam aku, at least 3 Principals termasuk Pengajian Am, kredit dalam English, Matematik, Prinsip Akaun or Economics. Err tapi..untuk semester 1 kena belajar subjek yang ada kira-kira macam Business Mathematics and Accounting. Tu la yang aku tak berapa nak ok sebab aku memang lemah Math pun, wuu. Peluang pekerjaan seperti  Public Service Department sebagai Pegawai Tadbir, Enforcement Officer, seorang Pegawai Pengurusan Sumber Manusia (HR Officer) . 

Dulu, aku ada la isi ‘I must see you’ tu, korang boleh tengok kat sini. Melalui link ni korang boleh semak syarat kelayakan program yang dikehendaki untuk semua IPTA. Aku dah try isi untuk kemasukan ke Uitm, UPSI, UKM, UM etc. Banyak jugak yang aku try isi, huu. 





Ni yang uitm punya. Kos sains memang tak layak la sebab aku aliran sastera, huu. Aku isi ni based on keputusan trial STPM dan SPM. Eh kos Muzik boleh la? :-p




Another option, UPSI. Huu, aku memang teringin nak masuk UPSI dari dulu lagi. Insyallah kalau result aku layak untuk UPSI, nak ambil kos Pendidikan Bahasa Melayu. Tapi, aku ada la tnya senior . Abang Han tu kata, now UPSI just ambil yang pointer 3.8 ke atas. OMG, punya tinggi..hukhuk. Tapi yang penting masa interview tu la kena betul-betul confident.. 

Yang lain-lain tu ada lagi tapi malas la nak print screen, hehe. Risau jugak ni dengan result.. Kalau ikut trial dulu, pointer aku 3.42 ja, turun sedikit berbanding UPT iaitu 3.58. Untuk trial, Pengajian Am = 74(A-) , Sejarah = 75(A) , Geografi = 61(B) dan Bahasa Melayu = 61(B). Result sebenar, aku targer 2A- , 1B+, 1B dengan pointer 3.00 ke atas. Huu..cuak la bila pikir tentang result. Harap-harap ia tak menghampakan aku lagi. Tawakal je la, sebab aku rasa dah buat yang terbaik. 

Ok readers, setakat ni saja la. Sesapa yang masih tak tau nak pilih kos apa, jom la borak-borak dengan aku. huu. Sekian. 

Saturday, 19 January 2013

MY LITTLE BRO-LONG TIME NO SEE

Assalamualaikum readers. Hari ni aku kerja half day ja sebab nak pergi melawat my little brother kat asrama. Nasib baik mak cik tu bagi permission kat aku,huu.  Setelah sekian lama tak pergi jenguk sekolah lama aku, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Soksek for short, terletak di Jalan Damai , Bukit Mertajam yang sangat memorable tu, petang tadi aku tengok banyak yang dah berubah. Err last aku pergi pun masa nak ambil adik tahun lepas. Dia dah Tingkatan 4 sekarang, besar dah adik aku tu plus tinggi berganda-ganda pulak daripada aku. Lol.


Dalam pukul 3.00 pm bertolak, ni kat Simpang Empat, nasib baik tak jam pun waktu macam ni.    Nak dekat pukul 4.00 jugak la sampai Soksek tu. Budak tu la pesan suruh bawak makanan, duit nak bayar modul and laptop. Amboi, mentang-mentang dah dibenarkan bawak laptop ke sekolah kan. Wifi pun laju ja eh. Untungla. Tapi mak tak kasi dia bawak handphone lagi, huu padan muka. Kalau aku dulu Form 2 dah buat kepala dok bawak handphone kat hostel. Adik aku ni tak manja sangat pun, kalau tak pergi melawat sebulan pun takpa. Biasa la budak lelaki kan. Lain la macam aku dulu, kalau aku suruh mak datang melawat kena datang jugak. Kalau tak, mula la aku nak merajuk berhari-hari, huhu. 


Sampai-sampai ja terus nak snap gambar tau. Rindu kot nak dok sini lagi. Dulu masa sekolah, tak sabar nak habis tapi now terasa nak putar balik masa lalu, haish. Ni kat depan bangunan baru tu. Dah semakin lawa eh Soksek sekarang ni, hehe. 




This is Bukit Mertajam. Kalau dok kat Padang Puteri ni memang nampak clear la BM tu. Masa Form 1, pertama kalinya pergi hiking BM sebab ada orientasi kat sini. :-)


Photoshoot la jap kat sini. Bila lagi kan? :-p

Tadi tengok tak la ramai sangat pun parents yang datang melawat anak diorang. Hari ahad agaknya yang ramai, boleh penuh kantin tu. Plus, hari ni pun students boleh outing. Kalau aku dulu, selalunya hari minggu if takda apa-apa aktiviti aku dok dalam dorm ja, huu.


we are siblings.. :D



Erm saja round satu sekolah dengan adik tadi. Bila lalu kat lorong informasi tu, ternampak la band punya board ni. Ingat nak terjah bilik band tadi, tapi aku tengok tak ramai pun yang tengah practise so aku agak segan la nak masuk, (even tengah rindu sangat-sangat nak main euphonium tu) hihi.


Lebih kurang pukul 6.00 pm , bertolak balik ke rumah. Good bye adik , cuti raya cina nanti kita jumpak lagi tau. Kakcik kat rumah ni dah macam anak tunggal tau bila adik dengan akak tak balik, wuu. And my beloved Soksek, nanti bila free aku datang jenguk lagi. Wait for me, ok. :-)

Bye- bye. 

Sunday, 13 January 2013

KAMI


Belakangan ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang Geng Nuklear. Eh? Apahal wat mukadimah macam ni. Ingat esei Bahasa Melayu ke apa? Maaf la, dah lama rasa tak tulis karangan BM. (Ceh poyo sangat !)  

Okay guys, lets us straight to the main topic of this entry. Safwan Othman, hari tu aku ada bagi tau bila aku ada blog , nak buat entri pasal geng kita kan ? Ni haa..baca daripada huruf pertama sampai yang last tau. Ceritanya macam ni, masa kat soksek (nama sekolah aku dulu, sebut elok-elok tau nanti korang pikir lain pulak, lol) waktu Form 4 and Form 5 aku sangat rapat dengan mereka yang akan aku ceritakan ni.


Zai, Sarah, Safwan, Era, Affan, Haleeda, aku and Wafi

Pada mulanya ahli berapa orang ja, tak lama selepas tu aku pun join Geng Nuklear ni. Kenapa mesti nama Nuklear? Huu..sebab apa ek..tanya Cik Haleeda je la. Ok la aku nak introduce seorang demi seorang ni. Opss Shiela takda pulak dalam gambar ni. Zai, atau nama panjangnya Zaidatul Atiqah yang very happy go lucky and pandai orangnya. Kitorang selalu panggil dia 'Zaidong'. Actually semua budak dalam kelas 5 Jauhari ni ada nickname masing-masing. Biasa la, perangai budak SBP memang macam ni kot, suka sangat bagi gelaran yang pelik-pelik kat kawan sekelas. Next, Sarah yang sentiasa funny tapi kadang-kadang sensitif kan Sarah? Hehe. Cikgu Rahim suka panggil dia Chaah. Era- atau nama sebenar Shahirah. First aku tengok dia , ' Macam Erra Fazira kot dia ni'. Ceceyh seronok la ek ramai orang kata muka macam Erra Fazira? Huu. Yang baju biru bersongkok hitam tu Safwan Othman. Our hot stuff- atau lebih dikenali dengan panggilan Kayu atau Tobek. Haha jangan marah tau Kayu. Yang baju kuning tu pulak, Haleeda Natasya. Ni pun hot stuff jugak..selalu digosipkan dengan Haris masa kelas 5J dulu..kalau tak pun kitorang panggil dia Miss Kebaya @ Bom. Bom? Hehe..sebab Cik Haleeda ni suka sangat 'meletup' kalau ada apa-apa yang tak kena dalam kelas. Then, our Affan Safuan yang tinggi-tinggi tu. Aku selalu panggil dia Bachan..haha tak tau la kenapa. Wafi- err aku tak tau nak describe apa tentang dia, huu. Aku pulak dapat gelaran Keli @ Kelly. Ni semua sebab Sham la, yang menyebarkan nama keramat tu sejak Form 1 lagi, huu. Zai and Haleeda kat UNIMAS sekarang. Affan kat UMT, Shiela kat Uitm Shah Alam-bakal lawyer kot, hehe. Wafi kat KMPP kot. Sarah dah kerja. Kayu, Era and aku sedang menunggu result STPM yang gila-gila tu, lol. 


KLCC- masa buat lawatan under kelas 4 Jauhari tahun 2009 

Banyak sangat benda-benda 'cheesy' and gila-gila yang kami lalui bersama. Cewahh ayat tak menahan betul la. Antaranya- tidur dalam Lab Kimia and Bio dah menjadi kebiasaan. Elok la, Teacher Tan Gim Tuan (TGT) dok ajar kat depan, ramai yang sedap tidur. Aku tak terkecuali, nak buat macam mana dah mengantuk sangat kan. Now, rasa bersalah tu still ada. Patut la Kimia aku tak dapat A pun, maaf la teacher, hukhuk. Dalam Lab Bio pulak, selalu la kena dengar Cikgu Afizah berleter. Dialog dia yang masih segar dalam ingatan aku, ''Hangpa ni, 10x saya ajar, 11x hangpa lupa.'' Lol, nak buat macam mana cikgu, kami bnyak makan asam. Kalau nak pergi Prep malam, tak sah kalau tak jalan rama-ramai. Tapi dalam Lab Fizik, aku memang jarang la mengantuk sebab our Cikgu Wahid tu kan memang lawak orangnya. Ada ja benda yang boleh buat kami sekelas tergelak besar dengan joke dia tu. Semua formula fizik Cikgu Wahid cipta sendiri, and kebanyakannya memang senang nak ingat sebab ada unsur negatif tu, hehe. Yang bestnya lepas habis prep, sempat lagi lepak-lepak ambil gambar la apa la. Ponteng prep? Huu..aku bukan la kaki ponteng sangat pun tapi kadang-kadang aku, Sarah, Kayu , Affan, Era and Haleeda selalu balik prep awal. Slumber badak ja kami ni, sambung prep kat dorm je la. Selalu jugak kena ambil nama dengan KP sebab lambat ke prep and balik awal dari prep. Nakal jugak aku ni dulu, huu. Nampak ja skema-skema ayam and baik (seriously baik?haha), tapi siapa yang kenal aku lebih baru tau aku jenis yang macam mana. Betul tak? 

Ingat lagi tak dulu kita selalu lepak kat kantin ? Ala kantin tu dah jadi port kami dah lepas balik prep. Selalu redah je dalam kantin tu kat bahagian dapur nak tengok Pak Syed tengah masak. Yang aku still ingat lagi- ambil kesempatan untuk charge handphone kat dalam bilik situ, haha.
Abang-abang kantin tu dah kenal sangat dah muka kami ni sebab selalu ja lepak dalam tu. Lawak la bila ingat balik..budak-budak lain semua dok ushar pelik ja. Kisah pulak aku kan? :-p

Sejak join Geng Nuklear ni aku bukan lagi Masmida yang ayu-ayu dulu..betul ka? Hihi..entah la diorang tengok aku macam mana kan. Tapi yang pastinya warna pink yang aku suka dulu dah tak best pun bagi aku. Nampak macam girlish sangat. Kalau purple baru nice, cewah. 

Waktu riadah untuk buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan sihatkan badan. Tapi kami boleh pulak bersantai-santai kat pokok kelapa belakang Aspura tu. Slumber ja pergi mintak parang kat kantin, then minum air kelapa kat situ.. Hehe, dah memang jadi port kami dah kat situ waktu petang. Kalau aku tak pi practise kat bilik band, aku lepak kat pokok kelapa tu la dengan diorang. Alahai, gambar takda pulak. Satu lagi, pondok Pak Guard pun jadi tempat melepak jugak. Tapi untung jugak dok lepak kat Pak Guard, sebab senang nak 'fly' nanti. Fly tu dah menjadi kebiasaan dah bagi ahli-ahli geng nuklear ni. Selalu pergi Summit and Jusco ja. Sarah, ingat lagi tak kita pernah jalan kaki ja ke Summit, nasib baik tak kena serang dengan anjing kat tepi jalan tu, haha. Then, Pak Hamzah yang kamceng dengan kami.. Seriously sejak aku masuk SBP ni baru aku tau apa nikmatnya fly. Tak feel la hidup kat asrama kalau korang tak cuba perbuatan macam tu. Yedop? Ohh screw me please. Jangan la skema sangat macam geng KP..eh ? Maaf takda niat pun nak kutuk..hehe.

Err Haleeda, ingat lagi tak pasal kes handset hilang tu? Kita dok bajet KP mana la ambil. At last, dapat tau yang Cikgu Nurhisan yang ambil. Haha seriously lawak sangat bila ingat balik masa kita nak investigate tu. Dah macam CSI pulak.  Kantoi habis dengan cikgu. 


Aku gelak guling-guling tengok gambar ni :-p


 Prep dah habis, sempat lagi snap snap !



Zai, Era, Kayu, Sarah, Affan rindu tau kat hangpa. Bila nak jumpa lagi ni? 


Sweet couple la Zai and Haleeda. :D


gossip girls



Super duper awesome ! Kat Genting Highland ni, lawatan Kelas 4J


At Mahkota Parade. Sesuai la hang jadi pembawa beca, Affan..hehe


With our Cikgu Rahim yang handsome. Kalau free, kami lepak kat rumah cikgu Rahim ni la. Ada hari tu masa bulan puasa, aku, Zai, Haleeda, Sarah and Era masak kat sini then buka puasa sama-sama dengan cikgu. Ala, miss that moment. Anak dia sangat comel tau. Like father like daughter la, hehe. 


Ni masa Annual Dinner batch 0610. Tema pink ok. Terpaksa aku jadi gegirl malam tu.. :-p



Abang jambu yang memang suka berjambu dengan adik-adik junior. yedop ? :-p




Biar gambar yang menceritakan segalanya. -___-


Ni la serba sedikit tentang 'Kami'.. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak story sebab macam-macam dah yang kami buat selama di SOKSEK tu. Tapi..aku ingat samar-samar ja, huu. Apa- apa pun aku still merindui saat-saat manis kita bersama, tau. Amboi ayat cannot cut, right? Tapi betul la, tak tipu pun yang aku rindu hangpa semua. Apa ja yang kita tak pernah buat kat Soksek tu. Macam-macam tau kenangan. Kalau duduk asrama, kena la buat somethnig yang gila-gila sebab benda macam tu la jadi kenangan nanti. Contohnya- fly, ponteng prep, lewat ke prep, handphone, sodom (solat dalam dorm), tidur dalam kelas, etc. Sekarang ni masing-masing dah terpisah. Untung la Zai and Haleeda masih sebumbung kat Unimas tu. Make sure kita tak lost contact tau.. 

Last but not least, semoga persahabatan kita ni kekal lama ok. Geng Nuklear sentiasa di hati. Korang jangan lupa aku tau, kalau lupa jugak, aku kerat 18 sorang-sorang. Haha .

Sayounara. 

Sunday, 6 January 2013

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum readers. Hope anda semua sihat di samping family tercinta. Aku tak berapa sihat hari ni, setelah sekian lama tak diserang selsema hari ni baru la rasa. I'm flu..wuu. Faktor cuaca agaknya, sekejap hujan sekejap panas itulah kuasa Tuhan. Dah sengau suara ni mengalahkan Squidward. 

Seperti yang anda sedia maklum, Mrs Mcbride ni sedang 'menikmati' cutinya sementara menunggu keputusan STPM. Lama tau sampai bulan September nanti. Ramai kawan-kawan aku yang dah buat part-time job. Aku pun tidak terkecuali..baru start kelmarin. Eh, hari Sabtu selalunya cuti tapi aku kerja pulak, lol. Ala aku kerja kat kedai jual barang-barang camtu ja. Actually dah pernah kerja kat sini lepas balik PLKN dulu, tapi Pakcik tu offer aku kerja balik sebab dia taknak ambil orang lain. Pukul 8.00 am - 5.30 pm. (Dah tak boleh sambung tidur pagi..huu) Break time- 11.30 am- 2.00 pm. Dah orang offer kerja kat kita, aku on je lah. If duduk rumah ja hari-hari siapa nak kasi duit, yedop? Aku plan nak ambil lesen kereta dulu bulan ni, tapi mak suruh kerja dulu. Takpa la, banyak masa lagi ni. 

Hari tu pergi Parit Buntar, aku tengok berlambak-lambak butik yang ada tulis ' Jawatan Kosong'. Tapi..

Aku  : Mak, sini berlambak kot butik nak pakai orang.
Mak : Tak payah la..balik pukul 10.00 malam, hang tu perempuan bukan lelaki.
Aku : K fine mak, k fine...( kenapa aku bukan lelaki?)  -______-

Alaa..spoil mood betul kan. Balik malam pulak tu..aku tak kisah sebab boleh ja pergi naik motor. Tak takut (seriously tak takut? :-p) pun nak balik waktu malam, tapi dah mak aku risau sangat kat anak gadis dia ni..huu. Sebelum ni pun, Cikgu Kharil yang ajar aku tusyen kat Arun Jaya tu kata boleh pergi mintak jadi guru tusyen. Aku dah pergi isi borang, dapat or tak nanti diorang inform lain. So, sementara tu aku kerja ja kat kedai sekarang ni. Baru dua hari, dah letih bagai. Macam tak biasa ja...tapi bila memikirkan duit, haha tak payah la nak rasa letih tu. Nampak tak simbol $$$$$$ ni kat mata aku? Dah macam Mr Crab pulak, lol. 

Tu je la yang aku nak story..nanti aku update lagi. Kepada yang dah baca, arigatogozaimasu !

Friday, 4 January 2013

Suka Duka di SMKTAR Part 2

2012






Rajin buat notes.. :-p

Sebenarnya bila bergelar pelajar Form 6 ni bukan senang. Subjek sangat la susah..nampak ja senang tapi bila dah merasa baru tau sendiri. Tapi tu lah, bila dah buat keputusan untuk stay kat sini kena la usaha lebih sikit. Antara subjek yang aku belajar, Geografi.. Bukan macam Geografi F3 tu, ada soalan objektif yang boleh pilih-pilih jawapan. Tapi Geografi Tingkatan 6 ada Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1, Geografi Alam Sekitar Fizikal dan Kertas 2 pulak Geografi Alam Sekitar Manusia. Sebenarnya belajar tentang yang pernah diajar masa Tingkatan 3 dulu cuma lebih meluas. Aku lebih suka Kertas 2 sebab isi tu lebih senang nak cari dan huraikan. Bahasa Melayu..subjek pebret aku ni..huu. Sama jugak ada Kertas 1 dan Kertas 2. Aku lebih suka Kertas 2 sebab I love to write essay. Best tau belajar BM ni sebenarnya, Cikgu Marina target aku A- untuk subjek ni, aminn.. Untuk Pengajian Am pun ada Kertas 1 dan Keras 2, di mana aku sangat risau soalan subjektif yang gila-gila tu dan bahagian graf. Harap paper ni ok la nanti, paper wajib lulus ni..huk. Then, Sejarah yang sangat awesome. Aku minat jugak sejarah ni..tambah-tambah bila Sir Ng yang ajar. Untuk paper Sejarah ni, aku selalu dapat result yang agak ok la dalam exam. Tak tau la Sir Ng ni sangat baik hati bila bagi markah ka apa, tapi harapan aku untuk keputusan sebenar nanti tak menghampakan la. Muet pulak? Aishh malu la nak story..Band 3 ja..huu. Nampak sangat tak boleh ambik LAW. :-p






Snap dulu before merentas desa. Credit to Cikgu As.





Tengok ni, Cikgu Siti kata aku budak baik.. lalala~


Yang kat atas ni pulak masa Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum. Aku dapat untuk subjek terbaik Bahasa Melayu. Memang aku minat BM pun sejak sekolah rendah lagi. Hope result sebenar nanti ok la. Err sesuai tak if aku jadi cikgu Bahasa Melayu nanti? Hihi. Apa-apa pun, gambar aku tu tak macam pelajar Form 6 tapi macam Standard 2 ja..rendahnya diri ini, lol.


Suka-suka hati ja bergambar kat sekolah diorang. Aniway, ni masa menghadiri bengkel Pengajian Am kat Sekolah Tinggi Bukit Mertajam. Cantik pemandangan and bangunan sekolah diorang, aku rasa macam tengah ada kat sekolah Inggeris tau .

5/10/2012- Graduasi untuk Upper 6 yang bertempat di Hotel Bayview, Penang. Awalnya buat majlis graduasi? Hehe, sekolah Tunku Abdul Rahman memang macam ni. Lain daripada yang lain plus sempoi sikit. 




Nampak tinggi? Mana tak nya, pakai wedge 10 cm, haha.



Setiap kelas mesti ada persembahan masing-masing . Kelas aku, 6A3 buat persembahan nyanyian lagu Sahabat (Najwa feat Syam Kamarul) tu. Tak menang pun, maybe sebab last minute punya persiapan. Bertuah malam tu sebab dapat lucky draw. xD


With our incredible Sir Ng




Akhirnya..masa yang amat digeruni telah tiba. Setelah 1 tahun setengah di SMKTAR, kami menduduki STPM pada 19 November hingga 12 Disember. Soalan banyak yang aras tinggi, tapi ada jugak yang tak berapa susah. Maybe sebab batch kami sukatan yang terakhir. Lower 6 tahun ni dah ada sukatan yang baru tu, ada sem macam kat Universiti. Lagi la susah agaknya tapi insyallah ok ja.



Ni masa lepas habis paper Bahasa Melayu 1. Muka eksaited dah habis exam la katakan. Separuh merdeka dah ni.



Esoknya, ada Jamuan Perpisahan Kelab Pemimpin Muda kat sekolah. 

Setakat ni je la yang aku dapat ceritakan tentang life aku sepanjang belajar di SMKTAR. Banyak benda sebenarnya nak story, boleh buat novel tau. Huu..tapi aku bagi summary je la. Doakan kami semua dapat keputusan yang cemerlang untuk STPM ni ye. Thank You.. ^_____^









Suka Duka di SMKTAR Part 1


Hello hello hai.. Sihat? Dah makan? Dah mandi? Haish banyak pulak tanya kan..huu. Ok now aku akan story kehidupan aku, suka dan duka semasa bergelar pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.

Kenapa ambil Form 6? Actually result SPM tak berapa nak ok, 4A ja yang termampu. Huhu sedih kot. Tapi benda dah lepas, agaknya sebab kurang effort untuk SPM tu. Sebenarnya aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) untuk program 2 tahun. Walau bagaimanapun, setelah difikir-fikirkan, aku memutuskan untuk proceed ke Tingkatan 6. Kenapa tak pergi Matrik ? Bukan ke ambil aliran sains? Huu ni la persoalannya..nama ja budak sekolah sains tapi tak pi matrik pun. Apa da.. Subjek sains aku tak berapa ok, tambah-tambah Fizik dengan Kimia. Aku memang lembab sikit subjek-subjek sains ni, tak tau la kenapa boleh sesat kat SMSTSSS tu sampai  5 tahun.




See, aku siap buat jadual comparison sama ada nak ke KMPP  atau Form 6. Masa tu tengah berbelah bahagi lagi. Mak kata atas diri aku sendiri la nak pergi mana. Kalau rasa tak boleh nak pick up kat Matrik, better pergi Form 6. Kawan-kawan dok suruh pergi matrik, tapi entah la masa tu aku rasa macam dah tak mampu nak bawak subjek sains. So, setelah fikir masa-masak, aku pilih Form 6. Ternyata keputusan tidak pernah berubah kali ini. Lagi pun, nanti boleh continue dengan Degree. Bila dah di Form 6, teringat kata-kata Cikgu Nordin. Huu, malu la kalau jumpa dia . Ramai orang meletakkan persepsi yang negatif terhadap Form 6, sebab apa aku pun tak pasti. Mereka seolah-olah memandang rendah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 ni. Tapi, aku cuba buang jauh-jauh semua anggapan negatif tu sebab aku dah decide nak continue dengan Form 6. Tak mungkin aku berpatah balik. Aku tengok ramai ja senior yang dah keluar sekolah masuk UM, USM, and UIA. Mana la tahu rezeki aku ada kat sini. Family, kawan-kawan dan cikgu-cikgu pun banyak bagi semangat kepada aku. So, start ja masuk Form 6 aku dah berazam nak belajar betul-betul for the sake of my future. Kalau masa Form 4 dengan Form 5 dulu tak sedar diri masih lagi  lagha-lagha ja tapi kali ni berbeza sama sekali. Untuk Form 6 ni, aku ambik aliran sastera di mana pilihan subjek aku ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Pengajian Am. Pengajian Am and Muet wajib ambil. Disebabkan sekolah aku tu tak terlalu jauh dari rumah, aku nak moto je la. Lesen ada, apa susah kan. Tak makan masa lama pun, dalam 10 minit ja, tapi kalau pecut tak sampai sepuluh minit pun. Masa lower 6, aku masuk kelas 6B3. Majoriti budak perempuan la, lelaki Melayu tak ramai pun kat sini. Lelaki Chinese ramai..kesian Aizuddin jadi lelaki Melayu terakhir, hehe. Untuk pengetahuan readers, cikgu-cikgu Form 6 sekolah aku ni memang kebanyakannya super duper sporting la. Sebab tu la best , boleh bergurau-senda lagi. Aku tak akan lupa Teacher Norehan, Cikgu Nik, Cikgu Siti, Sir Ng Kim Hui and Cikgu Nik. Tambah-tambah Sir Ng, guru Sejarah aku. Perwatakannya yang kadang-kadang serious dan anti-sosial mengingatkan aku pada Cikgu Nordin, huu. Ayat-ayat dia memang tak boleh blah la, sampai tergelak-gelak kami waktu P&P. Yang aku ingat, “ Pandai punya orang harus anti-sosial.” Err kalau anti-sosial macam mana nak kerja nanti Sir? Huu..maksud Sir Ng ni , kalau tengah belajar kena duduk sorang-sorang and betul-betul fokus, jangan bercampur dengan kawan-kawan yang hanya nak buang masa kita saja. Sir Ng pernah cakap muka aku ni sentimental. Yela tu..hee.


2011



Name tag yang tak perlu lencana sekolah..sempoi la sekolah ni



Mas, Ain, Ira, Nad



Poyo ja



Lepas berlatih koir..huu


Awal tahun 2011, masa Lower 6, kelas yang ambik aliran sastera plus beberapa pelajar Perdana kena buat koir untuk sambutan hari jadi TYT. Kitorang koir lagu Yale Yale , Keindahan Pantai and satu lagi aku tak ingat . Masa berlatih koir ni, teringat Tun Syed Band. Kat sekolah Tunku ni ada ja band tapi majoriti ahli-ahlinya budak Chinese. Malangnya, Form 6 tak boleh terlibat dengan band tu, kalau tak dah lama aku main Euphonium balik kat situ tau. Lagu stail 60-an , pop ye ye gitu..huu, sebab TYT tu suka lagu-lagu macam ni. Terharu sebab TYT puji koir sekolah Tunku best. Then, kitorang ada masuk satu lagi koir untuk Sambutan Hari Malaysia and Sambutan Merdeka bertempat di  padang Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth. 




Dah macam budak-budak tadika ja. Yedop?



Kawan-kawan yang sporting <3


Masa tahun 2011, kitorang ada buat banner untuk Sambutan Maulidur Rasul, dapat la naib johan untuk banner tu, hehe.





Kat bawah ni  pulak masa masuk Pertandingan Kokurikulum Akademik Pra Universiti peringkat daerah. Banyak jugak sekolah yang ambil bahagian. Pertandingan yang disediakan - pidato, choral speaking, public speaking, perbincangan dan sketsa. Aku and kawan-kawan yang lain masuk sketsa. Tahniah SMKTAR kerana berjaya merangkul tempat pertama untuk Public Speaking, Speech and Choral Speaking.




Watak aku as a pregnant woman, huu




Ni masa nak ambik duit raya, huu. Muka teruja tu.


Ada sambungan ni, untuk tahun 2012 pulak. Tengok la :-)