Thursday, 26 December 2013

1ST ANNIVERSARY


Ohayogozaimas mina san, 

Hari ni aku nak update pasal anniversary blog aku ja. Baru teringat yang blog purple ni dah setahun pun beroperasi. Sebenarnya, 23/12 hari tu tapi baru semalam aku teringat..huu.




See, first entri masa aku baru buat blog ni. Noob ja, nasib baik dapat pertolongan Farid tu. Hihik



                                 
                                 So, Happy First Anniversary, diarimrsmcbride.blogspot.com

Masih bertahan n hoping that aku mampu untuk menjadi blogger sampai bila-bila lah. Oh ya, bersempena dengan blog yang dah berusia setahun ni, aku plan nak tukar header tapi nanti la lepas final exam habis. Hmm so readers, teruskan mengintai blog aku, okay ! Sekian.

Friday, 20 December 2013

FINAL EXAM IS JUST AROUND THE CORNER


Selamat petang semua. 

Minggu depan 24.12.2013 aku dah start final exam, korang pulak bila? Paper Management dengan Kenegaraan pulak tu. Huu, awat la dok buat satu hari sampai dua paper padahal banyak lagi hari lain. Berat dah rasa..

Sekarang nasib baik kelas dah habis, boleh jugak nak study week seminggu. Library pulak penuh la dengan students sebab dah nak final. Kalau hari biasa, tak la seramai ni. Aku pun tengah buat revision jugak kat library la ni. Serabut perut semua ada.. Huwaaaaaaaaaaaaa. Rilek brader, rilek Mas. 

Ok la tak dak apa sangat yang aku nak bebel ni. Jush nak wish good luck la kat sapa yang akan menghadapi final exam. Jaga kesihatan okay.. Wish me luck too.













Sayonara. :)


Sunday, 15 December 2013

HANG OUT BEFORE FINAL EXAM


Hai hai hai. Hari ni rajin pulak update sekali 2 entri. Dulu kalau dah lama tak update, mesti ada someone tu dok bebel kat aku..huu.

Kelmarin Izah ajak aku dengan Jieha plus lagi 3 orang member hang out. Asalnya just nak pi makan stimboat kat Aloq Staq. Kitorang gerak dari Dpp pukul 6.00 petang, sewa Myvi ja..huu. seriously 6 orang satu kereta dari pergi sampai balik. Bila lalu kat gate pintu utama tu, pandai-pandai cover sorang nyorok. Nasib baik UK tu tak perasan..haha.

Memangdangkan kemarin ada friendly Kelantan vs Kedah kat Stadium Alor Star tu, Mat Nordin dengan Khairi ajak tengok bola dulu. Mentang-mentang la ore klate, semangat sungguh nak tengok Klate lawan. Siap pakai baju Anak Kelantan, pastu letak bendera kat tingkap kereta. Adoyai, orang dok usha peliks ja..huu.

Sampai kat stadium around pukul 7.30 then terus solat maghrib. Masa ni dah ramai orang, parking pun agak penuh. Nordin kata kalau kat Kelantan memang sesak habis la. Lepas solat Izah pi beli tiket, sorang RM5. Ekceli tak berapa nak tengok pun game tu, kitorang gegirls ni nak pi fun fair kat tepi stadium tu ja. Tapi ,Mat Nordin tak bagi, kalau nak pi kena pi sekali sampai la habis game..risau katanya kalau jadi apa-apa. Lol.

Friendly Kelantan vs Kedah

Separuh masa pertama menyaksikan 1 gol dari Kedah sementara Kelantan masih tidak menjaringkan gol. Then, separuh masa kedua pulak Kedah berjaya jaringkan 1 lagi gol. Haha why Kelantan why? Apek kenapa Apek? Mungkin banyak players baru sebab tu pertahanan kurang ok.

Gomo klate gomo !
Budak-budak UUM jugak ni.
At the end, Kedah menang 3-0



Habis ja game dalam pukul 10.30 kitorang masuk Happy Fun Park kat sebelah stadium tu. Erm, tak dapat pi pesta Penang sini ja mampu. Lol. Tapi fun fair ni biasa ja kalau nak dibandingkan dengan pesta Penang yang dibuat besar-besaran setiap hujung tahun. Dah lama tak pi pesta Penang...sobs.

Mulanya aku dengan Jieha plan nak naik Discovery ni tapi tak jadi pulak, sebab bila tengok benda ni rotate sampai atas rasa macam gayat gila padahal Solero dengan Flying Coaster kat Genting tu boleh ja aku naik dulu. Haha mungkin dah lama tak mencabar diri dengan ketinggian macam ni kot jadi takut pulak. Benda first yang kitorang naik yang macam cendawan tu, tapi jenis swing macam buaian. Tengok macam tak tinggi sangat. Tapi bila dah naik pakat menjerit. Aku kata kat Jieha jerit la puas-puas tanda release tension padahal tengah gayat . Haha

Squidward gergasi

Selfie before naik sotong tu. Acah-acah cool. Kat sini la menjerit sampai sakit tekak. Lol rasa macam nak turun lepas sotong ni bergerak makin tinggi. Siap mengucap tau. Huu




yang ni roda bulat pusing-pusing tu

Sampai sekarang dok terasa sakit tekak kesan menjerit macam halilintar tu. Dah puas lepaskan gian dalam park tu, kitorang gerak cari restoran sebab lapaq amat. Tak jadi la nak makan stimboat sebab dah pukul 12 lebih of course kedai dah tutup. So, singgah kat restoran tepi jalan tu apa tah nama dia. 


Mat Nordin dengan Khairi muka mengantuk dah masa ni

Sedap jugak tomyam dia sebab orang Siam yang masak. Lepak lama kot kat restoran ni. Sebenarnya kitorang nak balik kampus pun dah tak sempat sebab gate tutup pukul 12 lagipun malas nak kantoi kalau UK  buat spot check kang tak pasal-pasal kena saman RM30. So we end up untuk 'overnight' saja. Bukan selalu nak macam ni dengan members, last aku overnight pun masa kat Penang dulu lepak Padang Kota pukul 3 pagi dengan budak kelas. Memang ohsem lah.

Khairi la ni suka snap pic candid

Ain nak tumbuk sapa tu..


Dok borak-borak jam dah pukul 2 pagi. Kitorang pulak taktau nak pi mana lagi, Nordin ajak tidoq kat masjid mana-mana ja. Izah pulak kata booking mana-mana hotel kat Changlun. Aku pulak ajak pi lepak kat Penang, haha tapi tak sempat jugak rasanya sebab esok pagi tu Nordin ada ko-k Suksis pukul 8. Then, kitorang gerak je la pusing Alor Star tu sampai pukul 3, 4 pagi dok asyik u-turn . Haihh sengaja nak perabih minyak kan.. .Memang takdak arah langsung la, hihik. Driver pun dah penat, nasib baik Izah dengan Jieha boleh drive jugak so tukar-tukar la drive. Aku pun tak tidur , dok sembang saja dalam kereta sampai jumpak masjid pi solat Isyak jap.
Pukul 5.30 gerak balik kat area Masjid Zahir tu kitorang stop kejap sementara tunggu Subuh. 
Pukul 5.40 pagi masih mampu dok bergambar kat sini. Bajet macam kat i-city pulak. Haha.


Mata pedih tahan mengantuk tapi still have fun

Izah apesal putih semacam? :-p

Kat sini pun boleh..huu


Selesai solat Subuh, kitorang pun gerak balik uum. Fuhh memang letih sangat la. Sakit habis badan-badan dok lama sangat atas kereta. Dalam pukul 7.30 sampai uum, terus hantar Khairi dengan Nordin kat Dpp diorang pastu hantar pulak Nordin kat kor Suksis.

Sampai-sampai bilik ja terus tidur dengan nyenyaknya. Haha. Budak uum memang havoc amat, macam-macam benda tah pape nak buat. Hadoii. Pape pun memang enjoy la keluar dengan korang, lepas ni fokus kat final exam pulak. Omaigoooood rasa macam cuak gila nak final ni.

Ok uolss sampai sini ja , aku pun nak tidur dah ni esok kelas pukul 9.30. Baru perasan panjang pulak entri pasai ni. -_-
Good night, sweet dreamz!

Saturday, 14 December 2013

ROMANCE NIGHT DINNER PRS 2013


Assalamualaikum semua. 11/12/2013 yang lepas aku join dinner Pembimbing Rakan Siswa (PRS) yang bertempat di Dewan SAC, UUM. Dah disedia maklum aku join PRS ni start dari awal semester, tuptup dah nak dekat 5 bulan bersama ahli-ahli PRS yang sporting. Dinner ni bertemakan 'Romance Night' tapi aku tak ikut tema pun sebab tak sempat nak cari dress, huu. Objektif utama Dinner PRS ni adalah untuk meraikan semua ahli prs sama ada dalam kalangan senior mahupun junior dan mengeratkan lagi silaturahim antara ahli.




Majlis bermula pada pukul 9.00 malam sejurus sahaja ketibaan tetamu kehormat, En Nik Zulkamal, Puan Syafinaz dan yang lain-lain. Dekorasi yang simple but nice, ditambah lagi dengan dressing diorang yang vouge tu cukup menyerikan lagi majlis kitorang pada malam tu, cewah.


Ada satu aktivitu yang agak sweet la, bertajuk Putera mencari Puteri. Benda ni bermula dengan 5 orang Putera yang dikehendaki mencari mana-mana Puteri untuk diorang dalam kalangan yang ada dalam dewan tu. Yang kat atas pentas tu masa dah dapat pasangan masing-masing. Random choose mungkin or tak sure la kalau diorang pilih gf diorang sendiri. Siap kena miming lagu romantik lagi tu sambil cat walk. Habis sweet la tu..hehe.

Seterusnya, Dinner kitorang diserikan lagi dengan persembahan akustik dari kalangan budak PRS sendiri, yang intake semester 1. Diorang nyanyikan lagu Rindukanlah by Encik Mimpi dan Penipu by Mark Adam.



Next duet lagu dari sapa nama diorang ni aku tak tau, huu

Comel tak misai ittew ?Pheww

Memang sesuai dengan safwan ni. Haha


Shahrul Robani a.k.a Ayoy perform lagu Sandiwara Cinta dengan Kau Ilhamku.
Boleh tahan la suara, ceceyh

Mek Kelantanese, Zana

Macam comel je... hihikk

Bibiaq ittew seksi aihh

Princess Kaizora . Fefeeling princess jap. :-p


With Abe Ngah, mentor grou. Ore Klate jugak.

Bukan boleh nampak cermin besar, asyik nak snap gambar je la dengan si Safwan ni.

At last, majlis berakhir pada jam 12.00 selepas semuanya selesai. Aktiviti untuk tahun ni boleh stop dahulu macam yang En Nik kata, fokus kat final exam. Then, lepas final baru ada next TOT kat Sedim - jungle trekking , water-craft, flying folk n etc., Wuhuuuu bestnya...and of course aku akan join. Insyallah tahun depan PRS akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat. Go PRS go ! We share, we care. You don't share, we don't care. 

Adious.!

Monday, 9 December 2013

SUKAN SISWI 2013


Assalamualaikum readers. Semalam, 8 November 2013  telah berlangsungnya event tahunan anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  iaitu Sukan Siswi 2013 bertempat di Pusat Sukan UUM. 

Antara acara yang dipertandingkan - cheers, senamrobik dan cheer leading. Pada mulanya aku tak terfikir pun nak masuk event ni, tapi since ada akak tu masih mencari peserta aku dengan roomate pun masuk je la bersama dengan 9 orang member lain. Kitorang tak sempat training lama pun, hari Rabu malam tu start create steps, sambung training Khamis n Jumaat then terus perform hari Sabtu.
Second day practice lupa nak warm up, apa lagi habis sakit sendi urat kaki tangan leher semua sebab formation yang kitorang buat melibatkan banyak pergerakan jugak dan kesannya masih terasa sampai saat ini, huu.

Banyak jugak Dpp yang hantar team, Dpp Misc, Petronas, Eon, YAB n lain-lain. Pada sebelah pagi berlangsung acara cheer leading start pukul 9.00 macam tu. Fuhh berdebar amat sebab tengok Dpp lain kemain hebat, step pun sharp plus kemas. Then, sampai masa team Dpp Bank Muamalat untuk perform. Formation kitorang ambil masa dalam 5-6 minit ja , lagi pun syarat 5-10 minit. Kitorang pilih lagu Papi by Jennifer lopez, Mickey, Horey2 , n Havoc by Joe Flizzow.

Dpp Petronas

Dpp Yayasan Al-Bukhary

Dpp Eon





Top 3 untuk acara cheerleading dapat kat Dpp Eon, Petronas, n Bank Muamalat so Dpp ni kena buat saringan pada sebelah malam untuk mendapat tempat. Malam tu pulak ada acara senamrobik dan cheers. 

Muka dah burn, gara-gara pagi kelmarin panas sangat huu




Dapat sijil, medal n teddy bear kecik kaler pink gambar kat atas tu. :-)
 
Kesimpulannya, acara senamrobik dirangkul oleh Dpp Eon, manakala cheer pulak dimenangi oleh Dpp Bank Muamalat. wuhuuu~ At last we, got 3rd place untuk cheerleading so berbaloi jugak usaha selama 3 hari. 1st place dapat kat Dpp Petronas, dpp elit la katakan..hehe then 2nd direbut oleh Dpp Eon. Berakhir sudah Sukan Siswi untuk tahun ni, bak kata Pengetua Dpp, Dr Shahadah, masuklah aktiviti yang dianjur oleh Dpp supaya tak kena apung. 

Video boleh tengok kat sini tapi tak full, huk.