Thursday, 27 December 2012

WE ARE BESTFRIENDS


Assalamualaikum saudara dan saudari yang comel-comel sekalian. hehehe, perasan la tu. Kebosanan melanda diri aku setelah cuti sekolah nak masuk minggu ketiga.. Ala ya ya ja, dulu masa sekolah nak cuti sangat kan, sekarang dah cuti tergedik-gedik cakap bosan la apa la, huu. Duduk sorang-sorang dalam bilik mula la nak teringat macam-macam. So hari ini aku decide nak buat entry tentang kawan-kawan yang selalu di hati semasa aku mengharungi suka duka sebagai pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Opss sekarang dah ex student SMKTAR la.



kanak-kanak ribena





Hmm yang comel putih-putih gebu sebelah aku tu nama dia Cik Nadzirah Binti Abdul Rahim. Cik Nad ni memang happy go lucky la. Susah nak tengok dia moody tak semena-mena. Dalam kelas budak comel ni la yang paling kecoh and rajin menyakat cikgu-cikgu. Kalau nak pi toilet tak sah kalau tak ajak aku if tak pun dia ajak Ira, plus dia jugak dapat PLKN so chemistry antara kami lagi kuat la. Cik Nad ni terror jugak selok-belok dalam komputer, so apa-apa yang berkaitan PC or nak edit gambar dia la tutor aku. Sabar ja la Nad, aku asyik tanya hang ja, tapi Ain lagi banyak tanya hehehe. Dah la comel, baik pulak tu untung la sapa yang beristerikan dia. Cik Nad ni dah digelar Ratu Kucing sebab dia memang suka kucing sangat-sangat. Tengok la kat handphone, pencil case, or wallet mesti ada gambar kucing yang comel-comel tu. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Kalau ada event apa-apa kat sekolah sampai lewat malam, aku tak balik rumah tapi tidur rumah dia ja. Many many thanks to Nad sebab banyak tolong aku. Tak sabar nak bertandang ke reception dia next year. :D










Gadis berkaca mata yang cantik kat atas tu nama dia Cik Sharida Binti Shafie. Si Ira ni memang baik hati, peramah and periang orangnya. Tengok saja la senyuman dia yang menawan tu, mampu mencairkan mana-mana hati lelaki . Haha mentang-mentang gigi cantik kan Ira, selalu ja senyum colgate. Disebabkan perwatakan dia yang pandai bercakap ni, tak hairanlah kalau dia masuk debate and pidato. Congrats Ira , I am proud of you. By the way, Cik Ira kita ni single mingle lagi so sapa yang nak masuk meminang tu boleh la. Hehe gurau ja Ira, nanti habis la aku kena kerat 18 ngan dia. Ada satu benda yang aku hairan dengan minah ni. Apakah? Tahu tak, Cik Ira kita ni takut and geli sangat dengan kucing. Aduhai, kucing yang sikit punya comel tu dia takut? Hehe Ira..Ira.. 








Ok yang manis-manis ni pulak Cik Nur Ain Binti Zakaria. Cik Ain ni sama jugak dengan aku pergi sekolah merempit naik moto. Nad dengan Ira , parents diorang hantar, untung la huu. Cik Ain ni asal bawak laptop dalam kelas, mesti ada problem yang dia akan tanya aku dengan Nad. Kadang-kadang aku dengan Nad sampai nak gelak guling-guling kat dia, hehe gurau ja Ain. Persamaan aku dengan Cik Ain ni, we are so sensitive . Yup, tengok muka la kan, hihi.  Cik Ain ni memang suka berahsia sikit, so kita kena korek-korek dalam-dalam baru tahu apa masalah dia. Ala aku pun sama kuat berahsia, bila diasak-asak baru nak story. Apa-pun Ain banyak jugak tolong aku buat homework, and share apa-apa masalah. Thanks Ain.







Nad, Ira, Mas , Ain






Mereka bertiga ni kawan yang banyak bagi semangat, kongsi suka-duka bersama and banyak membantu aku pada saat aku perlukan pertolongan. Betul la,’ A friend in need is a friend indeed. Girls, I hope we can get an excellent result in our STPM. InsyaAllah, we have tried our best, right? Apa- apa pun aku harap sangat persahabatan yang terbina atas dasar keikhlasan dan kepercayaan ini akan kekal buat selama-lamanya. Aku tak akan lupakan hampa bertiga and hope you will also do the same. Ain, Nad and Ira, jaga diri elok-elok ok. Till then, love you all dulu, kini dan selamanya.


Erm, lagu Najwa Latif feat Syam Kamarul tu aku dedikasikan khas untuk hampa. Cewahh, buat sweet boleh. Screw me please. :-3 Tapi, I really really really really mean it okayyyy.

Sayounara. :-)


6 comments:

  1. Assalamualaikum kak mas! ni saya,wah2 dah ada blog tau,saya ada jugak..follow la saya,

    http://diarijejakahangat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. hehe baru ja buat.. tgah blur lagi ni... erm kaka mas dah follow khairil dah.. :))

    ReplyDelete
  3. thanks ...syok2 la ada ramai senior2 yg ada blog..gud2...

    ReplyDelete
  4. haah..khairil dah lma buat kan, :)

    ReplyDelete
  5. yup..update la selalu,alang2 dah cuti lama..

    ReplyDelete