Thursday, 27 December 2012

PLKN Part 3



Ok, ni sambungan part seterusnya. Nak menglipur lara semua story dalam satu entry macam panjang sangat pulak. Huu, aku kalau dah start cerita, panjang macam ni la tambah-tambah bila tengah rindu kat kem. Bermula la aktiviti yang mencabar setelah nak dekat dua bulan kat kem ni. Muka aku memang dah burn la, kena kawad waktu panas. Takpa, aku tak kisah sangat pun sebab hati aku dah boleh terima keadaan macam ni. Dulu beria-ria sangat tak nak datang kem ni, tapi bila dah merasa sendiri baru berakai, hehe.
Selalunya petang-petang kami ada riadah and tanam pokok ikut turn kompeni. Ada jugak wira-wirawati yang berlatih poco-poco sambil ada muzik lagi. Aku tak berapa reti sangat dengan poco-poco ni, yang aku taw step mula-mula tu ja. Haha, noob sangat kan.


Next, saat yang dinantikan ialah aktiviti Kembara Halangan. Aktiviti ni boleh la dikatakan mencabar sebab ada Wall Climbing, Monkey Bar, Tarzan Flying and aku lupa la apa lagi, hehe. Untuk sesi pertama, semua kena buat aktiviti ni. Aku tak jatuh pun untuk Monkey Bar , tapi aku jatuh kat Tarzan Flying  sebab silap step. Huwaa malunya , habis basah baju celoreng aku. Kompeni yang paling banyak melepasi semua halangan diberikan hadiah. Untuk yang ni, aku tak pasti la kompeni mana yang dapat. Tak silap aku, kompeni Charlie la kot. Tidak ketinggalan jugak aktiviti Flying Eagle. Huu, agak tinggi la sampai aku gayat jugak. Cuak kot masa nak turun tu, tapi aku memang suka aktiviti macam ni. Ingat nak naik dua kali hari tu, tapi masa tak mengizinkan pulak. Wira semua boleh buat banyak kali, ish jealous betul la. Flying Falcon & King fisher tak boleh naik sebab dekat dengan tasik yang ada racun tikus tu. Ala rugi betul, huu.


Kan best kalau dapat naik ni, wuu




Ni pulak masa aktiviti menembak, buat dekat mana entah aku tak ingat dah. Yang pastinya, aku tak sampai target pun. Berat M16 tuh, lenguh bahu aku, lol . Aku tembak pasir ja..hihi.





Penant ohh kawad ni, selalu aku kawad untuk marching band ja





snap before Wirajaya, semangat ni nak terjah hutan tu..



Aktiviti Wira Jaya- memang best walaupun penat. Seawal jam 8.00 pagi, semua wira dan wirawati dikehendaki ke kawasan hutan yang berdekatan dengan kem. Semua mesti pakai full celoreng, dari barey, belt sampai la ke spike boot. Galas pulak beg dengan bekas makanan semua. Huu panas kot, sabar je la. Untuk aktiviti Wira Jaya ni, kami semua bermastautin kat pengkalan hutan tu sehari semalam, buat khemah sendiri guna kain ‘poncho’. Betul ke aku eja ni? Huu. Tapi kami tak masak sendiri dalam hutan. Petang tu ada ceramah tentang solat di dalam hutan and taklimat untuk aktiviti Wira Jaya. Wira Jaya ni start lepas pukul 12 tngah malam. Main point nya, nak cari Jongkong Emas tu. Setiap kompeni dipisahkan mengikut cottage dan dikehendaki membuat bearing sepanjang perjalanan. Kami tak diberi arahan pun, just ikut bearing tu and ada beberapa stesen sebelum sampai ke destinasi terakhir. Dah la gelap gila malam tu, setiap kumpulan hanya boleh guna 2 buah lampu suluh. Kalau silap buat bearing, sesat la..huk. Nak dekat pukul 3 pagi, ada Night Hunting pulak. Apa lagi, menjeri-jerit la wirawati-wirawati sebab kena kacau dengan jurulatih. Yang bestnya malam tu banyak sangat bintang atas langit, group aku and yang lain-lain baring-baring dulu atas jalan sambil tengok bintang sementara tunggu diorang adjust next step. Cantik sangat bintang malam tu, subhanallah, indahnya alam ciptaan Tuhan. Setelah selesai aktiviti malam tu, kami balik ke khemah untuk tidur. Unfortunately, malam tu hujan lebat. Aku tak sempat tidur pun sebab khemah kami masuk air..huu sedihnya. Habis basah semua.. Pagi esoknya, dalam pukul 8 dah kemas-kemas untuk balik ke cottage. Sampai je kat cottage, aku basuh baju semua then balas tidur sampai la Asar. Haha nampak tak betapa penatnya aku.





Myra, Fei Chi, aku, Huda and Anjalie
muka aku dah memang burn masa ni, nampak tak kegelapan tu.. :-3




khemah-khemah wirawati


Pejam celik, pejam celik dah nak dekat 2 bulan lebih kami semua kat kem ni. Banyak sangat kenangan yang aku tak boleh lupa. Macam- macam benda yang aku belajar , kawan-kawan pun makin bertambah. Lagu ‘1 Malaysia’ tu dah selalu dengar masa kat kem, so sampai sekarang aku suka nyanyi. Lagu ‘Khidmat Negara tu pun memang lagu pebret lah, haha. Meh nak nyanyi sikit, 


Kami wira wirawati negara, tiba masa kami berjasa
Kami sahut cabaran bergerak seiringan
Demi mencapai wawasan.. lalala~

Eh semangat la pulak…huu rindu sangat kat PLKN. Betul la kata pujangga, ‘Tak kenal Maka Tak Cinta’.

See , before aku datang ke kem ni aku mogok ja. Masa on the way nak ke kem, siap tarik muka 14 lagi, hihi. Tapi bila dah alami sendiri pengalaman di PLKN, ternyata persepsi aku terhadap PLKN selama ni berubah terus. Selalunya macam ni la, benda yang aku tak suka, akhirnya aku akan suka jugak huu. Tengok ni, semua barang-barang PLKN aku still simpan. Malangnya, aku tak dapat ambil gambar banyak-banyak masa dalam kem sebab kamera hanphone aku tak best. Yela pakai nokia 6010 ja masa ni, nak ambil gambar pun takda nafsu tahu? Hihi..wat terok lagi. Gambar yang banyak ada dalam handset Chaah la, tapi aku tak sempat ambil dari dia. So ini je la yang ada. 



baju kelas and inner celoreng




kompeni Bravo



Budak-budak SBP yang ada kat kem ni


In conclusion, PLKN Dusun Minda Resort memang terbaik and awesome. Alangkah ruginya sesiapa yang tidak terpilih untuk mengikuti PLKN, cewaahhh. Opss sorry guys, hehe. Setakat ni je la entry aku tentang pengalaman PLKN. Kalau nak tahu story details, mai tanya aku sendiri la eh, huu. Ok aku tutup entry ni dengan tasbih Kafarah dan surah Al-Ars.  Aminnn.. J



P/S : Sesiapa yang dapat PLKN mohon pergi..seriously sangat best. (muka serious ni) Haha


No comments:

Post a Comment