Thursday, 27 December 2012

PLKN Part 2

Ni sambungannya..


Actually PLKN ni tak la seperti yang aku jangkakan. Hari pertama tu, aku admit la agak tak selesa lagi sebab tempat baru kan. Bangun awal pagi, nak kena urus diri and punctual semua tu. Tapi, bagi budak asrama macam aku ni semua tu takda hal sangat pun sebab dah menjadi kebiasaan. Kalau ada merungut sikit-sikit tu sebab no mood ja, huk.  Dah seminggu kat sini aku dah dapat biasakan diri. Lepas subuh ada PT ( senaman pagi) , lepas tu makan pagi. Then , terus gerak ke kelas sampai tengah hari. Petang pun ada kelas jugak. Bagi awal bulan pertama, kami duduk dalam kelas dulu, tak dak lagi aktiviti luar. Ada empat kompeni semua, ALPHA, BRAVO, CHARLIE dan DELTA. Untung la aku dapat Bravo sebab semua ahlinya boleh tahan la, hehe. Semua kompeni mesti ada kerjasama dalam aktiviti, nak pergi mana-mana pun dalam kompeni jugak. Nampak tak semangat Assabiyah di situ? Haha. Ada satu masa tu sampai bergaduh sebab nak berebut tender untuk dapat markah bagi sistem merit demerit tu.. Kesian Jurulatih, pening  kepala nak layan  kerenah kami. 


Modul 1

Seperti yang anda sedia maklum, PLKN ni dibekalkan empat modul yang mesti dihabiskan di dalam kelas. Antara peraturan kelas, semua mesti masuk kelas sebelum muzik berhenti. Yang terlambat tu siap la kena denda, huu. Modul 1- Modul Pembinaan Karakter, Menampilkan Yang terbaik Dalam diri sendiri. Belajar tentang apa je? Dalam kelas ni wira dan wirawati diajar tentang sikap, tanggungjawab imej diri, and macam-macam lagi yang berkaitan karakter. Jurulatih yang ajar kami dalam kelas ni, Cikgu Mila, Cikgu Tim, dan Cikgu Hafiz. Diorang memang sporting sangat, and boleh melawak dengan kami. Untung jugak aku dapat kelas ni. Tapi…yang sengalnya Pak Din dapat sama kelas dengan aku jugak, group pun sama. Grrr..sabar je lah, sampai kena gosip dengan dia masa dalam kelas, huu. Nama kumpulan aku MICS  stand for Melayu, Cina, India dan Siam. Antara ahlinya- Atailah, Chuen, Sherin, Syakira, Farhana, Faiz, Is, Azrul and Pak Din . Tapi masa nak dekat last kelas ni, Pak Din cabar aku untuk pergi depan kelas bagi speech. Ngek punya kawan, aku memang tak suka dicabar dengan mamat senget ni, so aku pi je la depan kelas buat muka comel sambil bagi speech yang tak sampai tiga minit, ahaha. Apa-apa pun tahap confident aku semakin tinggi sejak masuk dalam kelas ni. Credit to cikgu-cikgu yang mengajar.



Modul 2


Yang ni pulak, Modul 2- masih dalam bab pembinaan karakter, tapi – Menampilkan Yang Terbaik Dalam Diri Orang Lain. Setiap modul ada macam-macam aktiviti. Dah la kena buat Mind Mapping dengan Magic Colour tu, dah macam budak-budak pulak rasanya, hehe. Modul ni still dalam kelas dan ahli kumpulan yang sama. Apa yang bestnya dalam modul ke-2 ni ada Aktiviti Fugel, Aktiviti Jejari, Aktiviti Zin dan Aktiviti Gegelung. Memang best lah, tambah pulak dapat ahli kumpulan yang sporting. Setiap kumpulan mesti ada ahli daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Haa baru nampak 1 Malaysia kan.. J




Kelas PK 2 yang sporting 




Modul 3


Yang ni pulak Modul Budaya Kerja. Bila dah start modul ni, kami dah kena pindah kelas. So, dapat ahli kelas yang baru la. Kumpulan aku decide nama ‘Survival’. Aku ingat lagi ahli-ahli kumpulan aku dalam kelas ni- Chaah, Mat, Is, Pat, Megat, Jian, Chaterine, Chu Ting and Chandran. Mat la yang paling happening dalam ahli kumpulan aku ni. Setiap kali dengar lagu before kelas mula, mesti dia akan angkat tangan nak conduct, lagi-lagi bila ada lagu Symphony tu, hehehe. Best jugak sebab dapat sekali dengan Chaah. J Cikgu Akma and Cikgu Ida yang ambik alih kelas kami. Huhuuuu tapi agak sedih sebab aku tak dapat kelas Cikgu Auzaiie yang aku admire tu, hehe gedik lah. Dalam modul yang ni, kami diberi penerapan tentang budaya kerja cemerlang, temu duga, video syarikat, serta matlamat jangka panjang dan pendek . Aku ingat lagi masa kena sesi temu duga tu, macam-macam soalan pelik yang diorang tanya, haishh.





Ni soalan aku dengan Lee :-p



Modul yang last sekali dalam kelas ialah modul kenegaraan . Aku dapat kelas KN 9 , nama kumpulan ‘Lexus Land’- dapat group dengan Lee, Akmam, Ian, Hani, As dan Fifah. Ni la kelas yang agak mengantuk dan skema sebab belajar tentang kenegaraan, kerajaan, parlimen and politik semua tu. Rasa macam belajar Pengajian Am la pulak. Selepas habik modul semua ni, kami da Khidmat Komuniti (KK). Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk pergi bersihkan kawasan surau dan taman yang dekat area luar kem tu.



masing- masing bagi autograf ,huu




sayang sangat buku ni :-p


Antara yang dinantikan kami semua- aktiviti di luar kelas, selain kawad iaitu Water Confident. Untuk aktiviti ni kami dibenarkan guna kolam renang kat resort tu. Tasik ada je kat kem ni tapi jurulatih kata air dalam tasik tu ada racun tikus, so kami kena buat aktiviti dalam kolam tu je la. Agak besar la kolam ni. Haa apa lagi, main air puas-puas la dalam kolam tu. Kalau  pandai berenang lagi lama la aku berendam dalam kolam tu , tak payah pakai jaket keselamatan , huu.



 Before water confident 





Cik Syahirah yang comel 




dengan Myra






aktiviti berkayak and berakit yang super duper awesome 



No comments:

Post a Comment