Thursday, 27 December 2012

PLKN Part 1


Assalamualaikum semua. Hari ni nak cerita tentang pengalaman aku mengikuti  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Untuk pengetahuan semua Cik Masmida ni merupakan bekas wirawati PLKN di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman, Kumpulan 1 Siri 8/2011. Saja la nak imbas kembali memori terindah di PLKN dulu. Err indah ke? Hehe..tak kenal maka tak cinta la katakan. Ok, aku akan story part-part yang masih fresh dalam memori aku ni. 



Cakap bab PLKN, aku bet mesti ramai remaja kat luar sana  yang tak suka bila dapat tau diorang terpilih mengikuti program ni. Buktinya, sebelum aku pergi kem ni aku memang anti sangat dengan PLKN. Kenapakah? Yela, orang kata bila pergi PLKN ni kena kawad, kena buat macam-macam aktiviti, berjemur tengah panas and banyak lagi. Huu itu la yang aku tak berkenan. Dah la kena ada kat sana lebih kurang 3 bulan. Sebelum aku menjejakkan kaki kat kem, memang persepsi aku totally negatif je tentang PLKN ni. Nak dijadikan cerita, aku memang berharap sangat aku tak akan dapat PLKN. Tapi..suatu hari tu, lepas balik cuti, kawan-kawan aku semua dok pakat tanya dapat PLKN ke tak. Masa kat rumah tu, aku memang tak teringin langsung nak check via 15888 tu sebab takut dapat, huu. Aku memang stress sangat-sangat la, masuk dorm ja budak-budak dorm tanya. Aku cakap je tak check lagi. Diorang dok asak-asak aku suruh check, aku pun on je lah. Beberapa minit kemudian, 1 message received.. Tadaaaa!! Tahniah, anda terpilih……… Oh My God! lepas baca ayat tu aku menjerit kuat-kuat..huwaaaaaaaaaaaaaa!!!! Memang aku down sangat-sangat la lepas dapat taw aku dapat PLKN ni. Budak-budak dorm semua suruh aku bawak bertenang banyak-banyak. Kurang asam betul. Huhu.. Aku dengan Syifa ja yang dapat kat kem ni. Yang lain-lain semua kat area Balik Pulau, Merbok and Langkawi. Nasib baik jugak dapat dengan Syifa, tak la keseorangan. Seminggu sebelum nak pergi tu aku redha ja..cewahh. Padahal dalam hati yang tengah meronta-ronta bagai tersepit duri ni hanya Tuhan yang tahu. Eleh, buat terok betul la Cik Mas ni. Pi PLKN je pun . Haha yes, aku memang suka ‘buat terok’, tak kisah la hangpa nak kata apa pun. *Peace*


04/01/2011, jam 9.00 pagi aku dah sampai kat Stadium Batu Kawan tu, mak dengan abah yang hantarkan. Dari situ, bas PLKN yang bawa kami ke Kem Dusun Minda Resort. Jauh jugak, sebab kawasan kem ni masuk dalam lagi, memang agak hulu la Kuala Nerang ni. Yela, sapa nak buat kem kat tengah-tengah bandar kan, tak feel la. Kami yang datang dari Pulau Pinang ni sampai lambat, sebab dah ada yang datang 02/01 dengan 03/01. Dah sampai tu, terus pergi daftar and masuk cottage. Hari tu jugak kena pilih baju celoreng, baju PT, spike boot and banyak lah. Sempat lagi aku tengok budak-budak laki kena botakkan rambut. Haha padan muka, habis la dah hilang kemachoan hampa tu.



Ni la cottage, macam rumah kan?


Setelah dirombak kembali , aku dapat cottage G5. Dalam satu cottage ni ada dalam 6 orang ja. Haa selesa kan, mcm rumah tu. Setiap seorang disediakan locker dan katil. Kem lain tak ada kot macam ni, diorang kena tidur dalam dorm yang ramai orang tu..  Hehe, tengok la betapa specialnya kem Dusun Minda Resort ni. Cottage yang aku duduk ni ada lima orang ja termasuk aku. Ahli cottage yang lain- Myra, Angelie, Huda and Fei Chi. Kami ditempatkan di dalam cottage mengikut kompeni masing-masing. Nasib baik aku kompeni Bravo, yang kesiannya budak-budak  Delta dapat cottage hujung gila, lagi jauh nak pergi Dewan Makan and Kelas.






Bendera Bravo

Lagu kompeni Bravo (versi lagu We Will Rock You)
Yakinkan diri dengan semangat
Hadapi lawan di padang kawad
Terus maju, berusaha
Yakinkan diri pasti berjaya
Bravo pasti boleh umphhh!  (4x)  c/o

Lagu ni macam cheers la, nyanyi bila ada sorakan apa-apa ke.


Antara keistimewaan kem DMR yang tak terdapat di kem-kem lain- handphone dibenarkan dan pakaian bebas pada waktu malam kecuali ada event yang formal macam ceramah. So, untung la sapa yang dapat kem ni. Memang rules tu agak ketat, tapi aku tak expect pulak handphone boleh digunakan. TKL kami sangat baik hati, yang aku suka beliau sporting plus layan kami macam layanan seorang ayah kepada anak-anaknya. Selagi kami semua tak buat hal, keistimewaan tu tetap menjadi hak milik kami, hehe. Sebab tu la bila dalam kelas, yang mana ada couple tu sempat lagi dok main mesej. Nasib lah tak kantoi ye korang. Waktu malam, pakai je pakaian apa pun yang sopan. Selalu malam takda aktiviti sangat, kalau ada pun yang mento menti tu. Aku dengan budak-budak Bravo just lepak kat Padang Kawad je la sampai roll call. Ha, kesempatan ni la diambil oleh pasangan couple untuk dating. Aku tak dak bf kat situ, takdak maknanya aku  nak dating. Kesian, haha.


3 comments: