Monday, 24 December 2012

First Stage For My Sister

Hai semua. Kenapa tajuk entry mcm ni? Huu ada makna tersirat kot. Keesokan harinya, kami sekeluarga pergi ke Tesco Sungai Petani nak shopping sikit and jumpak bakal abang ipar aku, cewahh. Kalau tak, plan nak pergi The Carnival Sungai Petani tapi tak jadi pulak. Wuu sedihnya.. Pesta Penang pun tak pergi lagi tahun ni. Bila nak pergi akak? hehe..

Sementara tunggu Abang Farreez tu sampai, kami shopping dulu. Tak ramai orang lagi sebab baru pukul 11.30 pagi masa ni. Beli barang-barang sekolah adik and barang dapur. Aku dah tak payah beli barang sekolah bagai ni, huu. 




Tesco Sungai Petani dua tingkat, tesco Alma ? :-p






Aku and akak



Nak beli tv baru ka abah? huu


Banyak jugak la benda kat Tesco ni. Aku kalau datang tempat-tempat ni, pilih baju la. Dapat jugak cardigan tadi.hewhew.. Lambat lagi nak lunch, sambil-sambil tu round je la satu tesco ni. 




Kami memang suka bergambar. :-p





Snap lagi..nasib la adik, kena snap gambar ja.




Sejak bila Cik Masmida berminat dengan Hello Kitty ni? haha




Senyum, tak perlu kata apa-apa :-)


Dalam pukul 12.00 , pergi lunch kat Food Court situ ja. Sebelum tu, sempat lagi aku dengan adik pergi main game Racing kat arkid untuk budak-budak tu. Huu tak malu betul..dah 19 kot. Lepas tu, Abang Farreez sampai. Dia lambat sikit sebab ada hal kena tandatangan apa entah kat bank. Diorang dah serious la ni sampai akak bawak dia jumpak mak dengan abah. Takpe la bila ada niat nak jumpak parents tu, at least kita taw dia serious. Mak kata, kalau dah ada jodoh kita dengan seseorang tu, perjalanan before kahwin akan dipermudahkan oleh Allah. So, ni sebagai permulaan la. Ala orang kalau dah ada jodoh, mesti kahwin jugak nanti. Kalau dah tak ada, couple la sampai berapa tahun pun, still tak dapat bersama kan. 




Akak dengan Abang Farreez



Hmm harap-harap menjadi la kali ni ye. Dengar kata dah nak hantar rombongan meminang tahun depan? huu. Takpe la, aku doakan diorang ada jodoh. Mak dengan abah pun dah macam berkenan je dengan dia and dah bagi greenlight pun. Akak dah bawak bakal tunang dia jumpak mak dengan abah, aku bila eh? Hihi jangan nak berangan la Mas selagi tak habis belajar.. Lepas grad boleh la kot , insyaAllah. :-)


Lepas solat semua, bertolak balik ke Penang. Kalau dari sini sampai ke rumah, dalam satu jam setengah ja. Mengantoknya aku dalam kereta, tapi semalam tidur awal ja. Lenguh kaki kot.huu.. Pukul 6 petang dah sampai rumah. Ok tu je nak story, bye2. :-)







No comments:

Post a Comment