Monday, 24 December 2012

Ahad


Assalamualaikum semua..  Just nak story event hari ahad ni je. Kalau hari minggu dengan hujung minggu selalunya ada kenduri kahwin. Lagi-lagi bila cuti sekolah ni. Dah berapa banyak kad kenduri yang dapat, biasa la aku duduk kampung so kalau cuti sekolah, mesti ada banyak kenduri. Jealous nya tengok ada orang kahwin, rasa macam, nak kahwin jugak, hehe. Hari Sabtu kelmarin pulak ada kenduri kawan sekolah rendah aku yang dulu, Wan Nur Izzati . Terkejut jugak bila dapat kad kenduri dia, sebab baru 19 tahun kot dah kahwin..huu untungla. 


Kenduri yang aku pergi ni sedara sebelah mak kot. erk aku pun tak pasti. Diorang buat di Dewan Sri Kerian, Parit Buntar, Perak. Dari rumah aku nak ke sini dalam setengah jam je. Cepatnya? Mestilah sebab rumah aku terletak kat sempadan Pulau Pinang dengan Perak. Nibong Tebal ni dah di selatan. So, lintas jalan kat traffic light tu dah sampai negeri Perak, huu. 


ceh sempat lagi dok snap dengan adik.



Macam la dah ada lesen nak drive ye adik? huu


Ramai jugak yang datang majlis diorang ni. Sebab buat dalam dewan. Itu la kenduri sekarang banyak buat di dewan, pakai katering rather than buat di rumah. Senang, tak payah susah-susah nak kemas . 


Tahniah pengantin baru, semoga bahagia hingga akhir hayat. :-)


Selesai je makan and jumpak sedara-mara, bertolak ke Tanjung Dawai, Kedah. Sebenarnya nak pergi rumah mak and ayah angkat akak, masa dia belajar kat Uitm Merbok dulu. Biasa la, kan ada program keluarga angkat tu. Dari Parit Buntar nak ke Tanjung Dawai tu ambik masa lebih kurang 2 jam. Sampai sana dalam pukul 4 petang. Rumah mak and ayah angkat akak tu terletak kat Kampung Sungai Pial. Haa jumpak la puas-puas sebab dah lama tak jumpak diorang kan akak? Aku dengan adik tak ada modal pun nak berceloteh, biar diorang ja yang riuh, huu. 

Agak lama jugak kat sana, dalam pukul 6 petang tu akak ajak pergi jalan-jalan kat Tanjung Dawai. Bila datang kat sini ada apa je? Huu nama pun Tanjung Dawai, tempat orang pergi beli makanan laut la.


Arkib Tanjung Dawai

Tak pi mana sangat pun kat sini. Mak nak singgah Arkib Tanjung Dawai ni nak beli barang-barang sikit. Ada jual makanan laut yang dah diproses macam sotong kering, ikan kering, belacan etc. Ramai jugak orang petang tu, sebab hari ahad agaknya. Nak parking pun susah. Aku dengan adik tak nak dok lama-lama atas tu, so kami lepak kat bawah. Biar mak, abah dengan akak je tengok apa yang nak beli. Lepas borong-borong tu, singgah Pantai Tanjung Dawai kat area situ jugak. Akak nak ajak makan ikan bakar yang paling sedap kat sini, tapi sebab dah kenyang just makan ais kacang kat  warung tepi pantai tu.


Suka pic ni, cantik..


Merah saja..huu.


Abah kalau aku snap, susah betul nak pandang kamera.hehe

Lepas makan, aku dengan adik dok kat tepi pantai tu je. Ramai orang, ada yang memancing , dating pun ada. hehe.. Dalam pukul 7 malam, bertolak ke rumah sewa akak kat Taman Lembah Bujang. Rumah dia dekat je dari sini. So, malam tu tidur rumah akak la sebab esok ada event lagi. sekian. :-)


No comments:

Post a Comment